Anda di sini

Seorang terbunuh, 12 cedera dalam letupan bom di Karachi 

Advertisement
Pengawal  keselamatan memeriksa lokasi letupan bom di Karachi yang mengorbankan seorang mangsa kelmarin. — Gambar AFP
Pengawal keselamatan memeriksa lokasi letupan bom di Karachi yang mengorbankan seorang mangsa kelmarin. — Gambar AFP

KARACHI: Seorang mangsa meninggal dunia dan 12 orang tercedera dalam satu letupan bom pada lewat kelmarin di Karachi, menurut pihak polis, hanya dua minggu selepas satu serangan nekad oleh sebuah kumpulan pemisah Pakistan yang mengorbankan empat orang di bandar yang sama.

Letupan berlaku melalui kawasan kejiranan Saddar di bandar paling padat populasinya di Pakistan pada sekitar jam 11 malam waktu tempatan.

“Siasatan awal mencadangkan bahawa bahan letupan telah diletakkan pada sebuah motosikal yang diparkir berhampiran sebuah tong sampah,” menurut pegawai bertugas di balai polis tempatan Sajjad Khan.

Sasaran bagi serangan tidak diumumkan serta-merta.

Bagaimanapun Khan menyatakan sebuah kenderaan pengawal pantai adalah antara “beberapa” benda yang musnah dalam letupan sementara seorang mangsa terkorban adalah “pejalan kaki yang lalu” di kawasan kejadian.

Pada bulan lepas seorang pengebom nekad wanita membunuh empat orang, termasuk tiga rakyat China, dalam satu serangan ke atas sebuah bas mini membawa kakitangan dari satu program kebudayaan Beijing di Universiti Karachi.

Baloch Liberation Army (BLA) –  sebuah kumpulan yang berjuang bagi kemerdekaan di wilayah terbesar dan paling miskin di Pakistan – mengaku bertanggungjawab bagi serangan 26 April.

China telah membuat pelaburan besar untuk tenaga dan infrastruktur di Balochistan di bawah satu pelan bernilai $54 bilion dikenali sebagai Koridor Ekonomi China-Pakistan.

Bagaimanapun program  itu telah meletakkan rakyat China dalam perbalahan pihak pemisah Baloch, yang menyatakan penduduk tempatan tidak mendapat bahagian mereka secara adil bagi hasil keuntungan dari sumber semula jadi di wilayah tersebut.

Pada April 2021 satu serangan nekad bom di sebuah hotel mewah yang menempatkan duta China di Quetta, bandar utama wilayah Balochistan, membunuh empat dan mencederakan beberapa orang lagi.

Duta itu tidak mengalami kecederaan.

Selain itu pada Januari pihak pemisah Baloch telah membunuh tiga orang dan mencederakan 22 orang lagi dalam satu pengeboman di bandar besar timur Lahore.

Secara keseluruhan, Pakistan telah menyaksikan satu peningkatan dalam serangan militan.

Pakistan Institute for Conflict and Security Studies menyatakan serangan meningkat sebanyak 24 peratus antara Mac dan April. — AFP
 

Advertisement