Anda di sini

Suami isteri maut dalam kemalangan di Jalan FAC

Advertisement

KUCHING: Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan FAC hari ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kemalangan tersebut dilaporkan berlaku pada jam 7.13 pagi.

Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Toyota Gaia dan Perodua Axia.

"Pemandu Toyota Yaris  iaitu seorang lelaki hanya mengalami kecederaan, manakala pemandu dan penumpang Perodua Axia disahkan meninggal dunia," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

 

Katanya, mangsa yang meninggal dunia merupakan pasangan suami isteri.

"Kedua-dua mamgsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir di lokasi kejadian.

"Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara pemandu sebuah lagi kereta yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

Advertisement