Anda di sini

Tentera Israel musnahkan rumah rakyat Palestin dituduh membunuh peneroka Israel

Advertisement
Gambar ini diambil pada 27 April 2022 menunjukkan pemandangan bangunan yang rosak di Jalan Wehda di Bandar Gaza. Pada malam Mei 2021 insiden malang menimpa tiga sekeluarga Palestin yang tinggal di Jalan Wehda apabila mereka menjadi sasaran serangan udara tentera Israel. — Gambar AFP
Gambar diambil pada 27 April 2022 menunjukkan pemandangan bangunan yang rosak di Jalan Wehda di Bandar Gaza. Pada malam Mei 2021 insiden malang menimpa tiga sekeluarga Palestin yang tinggal di Jalan Wehda apabila mereka menjadi sasaran serangan udara tentera Israel. — Gambar AFP

SILAT AL HARITHIYAH, Wilayah Palestin: Pasukan tentera Israel kelmarin telah memusnahkan rumah milik seorang rakyat Palestin yang dituduh membunuh seorang peneroka Israel pada tahun lepas, menecetuskan pertempuran.

Bahan letupan telah memusnahkan apartmen milik Omar Jaradat di  perkampungan Silat al-Harithiya, berhampiran pekan utama Jenin di utara Tebingan Barat yang ditawan, menurut kepada satu kenyataan oleh pihak tentera Israel.

Ia menyatakan pihak Palestin bertempur dengan pasukan tentera Israel, melontar batu dan bom api, yang dibalas oleh pihak tentera dengan tembakan senjata semi-otomatik.

Dua rakyat Palestin telah tercedera, menurut seorang jurugambar AFP di tempat kejadian.

Pertempuran menambahkan ketegangan di Israel dan Tebingan Barat ketika satu pemburuan berskala besar diteruskan untuk satu pasangan rakyat Palestin yang disyaki membunuh tiga rakyat Israel dalam satu serangan kapak pada malam Khamis berhampiran Tel Aviv.

Sepanjang malam lepas pihak polis dan rakyat Palestin turut bertelagah di kawasan masjid Al-Aqsa di Kota Lama yang digabungkan oleh Isael di Baitulmaqdis.

Bahan letupan telah menyebabkan sebuah lubang di dinding luar merah jambu di apartmen Jaradat dan meletupkan dinding dalaman, menyebabkan lantai berselerakan dengan bata kelabu.

Israel menuduh Jaradat dan dua orang dari anggota keluarganya membunuh pelajar agama Yehuda Dimentman, 25, pada 16 Disember 2021. Penyerang bersenjata menembak sebuah kereta dengan peluru ketika ia memandu keluar dari kawasan pos penempatan Homesh. Dua orang lagi tercedera dalam serangan.

Pasukan keselamatan sebelum ini telah memusnahkan tiga buah rumah lain milik anggota keluarga Jaradat di Silat al-Harithiya.

Operasi pada Februari dan Mac itu turut membawa kepada pertempuran, di mana pihak tentera telah menembak mati seorang remaja Palestin.

Israel sering kali memusnahkan rumah-rumah milik individu yang dipertanggungjawabkan bagi serangan terhadap penduduk Israel.

Amalan itu telah dikecam oleh pengkritik sebagai satu bentuk hukuman kolektif. Israel menegaskan ia menghalang serangan.

Kira-kira 475,000 peneroka Yahudi tinggal di Tebing Barat dalam beerapa komuniti yang dianggap sepenuhnya sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa, di samping kira-kira 2.9 juta rakyat Palestin.

Satu rangkaian serangan anti-Israel sejak 22 Mac telah mengorbankan 18 orang, termasuk seorang anggota polis Arab-Israel dan dua orang rakyat Ukraine.

Dua daripada serangan maut telah dilakukan di kawasan  Tel Aviv oleh rakyat Palestin.

Seramai 27 rakyat Palestin dan tiga penduduk Israel Arab telah terkorban semasa tempoh yang sama, sebagagiannya adalah pelaku serangan dan mereka yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel dalam operasi Tebing Barat. – AFP

Advertisement