Anda di sini

Tiga cedera ditembak semasa perbalahan Hari Mei di Chile

Advertisement
Pasukan polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan semasa perarakan Hari Mei di Santiago, Chile pada Ahad lepas. — Gambar AFP
Pasukan polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan semasa perarakan Hari Mei di Santiago, Chile pada Ahad lepas. — Gambar AFP

SANTIAGO: Tiga orang tercedera akibat tembakan dan dua lagi ditangkap ketika tunjuk perasaan Hari Mei di Chile, menurut polis.

Kejadian tembakan berlaku semasa satu perarakan pada Ahad lepas dilakukan oleh sebuah kesatuan di ibu negeri Santiago ketika beberapa penunjuk perasaan meletakkan sekatan dan memasuki premis-premis komersial, bergaduh dengan peniaga.

“Terdapat perbalahan antara peniaga jalanan yang malangnya telah menggunakan senjata api dan mencederakan tiga orang lagi, dua daripada mereka adalah wanita dan yang ketiga seorang lelaki turut terce-dera  akibat impak balistik,” kata Enrique Monras, ketua polis kawasan metropolitan.

Pihak polis mengesahkan dua rakyat asing telah ditangkap kerana disyaki melepaskan tembakan.

Pihak berkuasa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan.

Presiden Gabriel Boric mengecam keganasan itu, memberitahu sebuah stesen berita: “Kami  sedang menormalkan keganasan, kami  tidak boleh membenarkan kumpulan penjenayah untuk mengambil alih jalan di negara kami.”

Dalam kejadian berasingan, perarakan tradisi utama Hari Mei, dianjurkan oleh kesatuan Central Unitaria de Trabajadores (CUT), berlangsung tanpa sebarang insiden ketika ribuan orang membawa bendera dan kain rentang berkumpul di Plaza Italia.

“Kami berasa gembira, ia merupakan satu hari khas dan istimewa selepas dua tahun pengasingan (disebabkan oleh COVID-19) untuk mengiktiraf kerja ramai rakan sekerja seperti kakitangan kesihatan, komersil dan pe-ngangutan, yang merupakan tunjang dalam pandemik ini,” menurut presiden CUT David Acuna.

Mereka telah disertai oleh Menteri Buruh Jeannette Jara, anggota pertama dari Parti Komunis yang memegang jawatan tersebut sejak kembalinya demokrasi di Chile pada  1990.

Beliau merupakan perancang utama perjanjian yang dicapai oleh CUT dan persatuan perniagaan yang menaikkan gaji minima  sebanyak 12.5 peratus.

Gaji minima telah ditetapkan untuk mencapai 400,000 peso (AS$470) sebulan  bermula Ogos. Boric telah mengumumkan sasarannya untuk menaikkannya kepada 500,000 peso pada 2026. — AFP

Advertisement