Anda di sini

Bomba hantar wanita warga emas ke hospital

Advertisement
 Pasukan bomba semasa membawa pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
BANTU: Pasukan bomba semasa membawa pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

KOTA KINABALU: Pasukan bomba melaksanakan khidmat kemanusiaan menghantar seorang wanita warga emas dari sebuah taman perumahan di Jalan Putatan ke hospital kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tinggalan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi khidmat terbabit pada jam 9.08 malam.

“Sepasukan pegawai serta anggota yang tiba menjalankan operasi mengangkat pesakit berumur 84 tahun seberat 140 kilogram menggunakan pengusung.

“Pesakit kemudiannya diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.12 malam.

  • oleh
  • Advertisement