Anda di sini

162 pesakit COVID-19 di Sabah sembuh

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: 162 pesakit COVID-19 di Sabah  termasuk pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam sembuh daripada pandemik terbabit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jumlah itu menjadikan kumulatif bagi pesakit sembuh seramai 362,836 orang. 

Beliau bagaimanapun berkata terdapat 149 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 148 di hospital dan seorang lagi di fasiliti swasta.

“12 lagi pesakit memerlukan penjagaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala enam lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

“Kadar jangkitan di Sabah kini berada dalam keadaan kekal stabil dan terkawal dengan hanya 12 jangkitan baharu dan hanya merekodkan enam daerah pada zon merah, 17 zon kuning dan empat daerah pada zon jingga,” katanya.

Beliau berkata 414 penduduk Sabah menerima vaksin pada 2 Mei lalu termasuk 47 dewasa, 45 remaja dan 322 kanak-kanak.

“Setakat ini 2,587,134 penduduk Sabah yang sudah menerima vaksin dos satu meliputi 2,134,542 dewasa bersamaan dengan 78.57 peratus bagi jumlah penduduk dewasa. 

“Ini menjadikan 2,464,011 penduduk menerima dos lengkap termasuk 2,091,889 atau 77.00 peratus penduduk dewasa, 319,393 remaja dan 52,729 atau 12.82 peratus kanak-kanak,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement