Anda di sini

MBS rakam terima kasih kepada kerajaan negeri

Advertisement
ABQAREE
ABQAREE

KOTA KINABALU Majlis Belia Sabah (MBS) merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas kelulusan dana sebanyak RM1.73 juta tahun ini.

Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan berkata, dana berkenaan dipohon bagi melaksanakan program-program memperkasa potensi belia ke arah pembentukan belia sejahtera oleh Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Sabah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Negeri Sabah.

"Objektif program adalah bagi memperkasakan program pencernaan minda untuk mengubah stigma negatif masyarakat.

"Memberi kemahiran kepada belia melalui program pembangunan sosial seterusnya memperkasa potensi belia sebagai faktor pelindung

"Mengumpul idea dan saranan belia dalam memperkasa kempen lebih baik cegah dan disampaikan melalui komunikasi strategik," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu katanya, program juga menggalakkan penglibatan belia dalam program kepimpinan untuk melahirkan belia yang berkualiti dan cemerlang.

"Memperkasa aktiviti sukan sebagai faktor pelindung melalui kempen gaya hidup sihat," katanya.

Dalam pada itu katanya, MBS akan bergerak bersama-sama Skuad Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah dalam menyantuni belia dalam memastikan gerakan MBS sentiasa relevan.

Menurutnya, MBS juga berharap agar dengan adanya kelulusan dana dan kerjasama ini, dapat membantu mencapai objektif program dalam memperkasakan potensi belia ke arah pembentukan belia sejahtera.
 

  • oleh
  • Advertisement