Anda di sini

200 pesakit COVID-19 masih menerima rawatan

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sejumlah 200 pesakit COVID-19 masih menerima rawatan di hopital pada 24 April 2022.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun seramai 266 pesakit telah sembuh pada hari yang sama.

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 13 orang merangkumi 12 di Unit Rawatan Rapi serta satu di open ward. 10 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 23 April 2022 adalah seramai 2,579,815 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah itu meliputi 2,134,330 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 78.57 peratus jumlah penduduk dewasa. 

Manakala katanya, bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,447,908 orang. 

"Daripada jumlah ini, seramai 2,091,667 orang atau 76.99 peratus adalah penduduk dewasa. Seramai 334,516 orang atau 78.49 peratus penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin.

"Manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 318,531 atau 74.74 peratus orang setakat ini," katanya.

Menurutnya, bagi penduduk kanak-kanak pula, seramai 110,969 atau 26.97 peratus orang telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk kanak-kanak yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 37,710 atau 9.17 peratus orang.

  • oleh
  • Advertisement