Anda di sini

Guterres mahu jumpa Zelensky di Ukraine

Advertisement
Gambar ini diambil pada 23 Februari 2022 ketika Guterres berucap pada mesyuarat Perhimpunan Agung ke-58 di New York mengenai konflik Rusia-Ukraine. Guterres akan bertemu dengan Zelensky di Ukraine pada minggu hadapan selepas singgah di Moscow bagi berbincang dengan Putin mengenai peperangan, menurut PBB kelmarin. — Gambar AFP
Gambar ini diambil pada 23 Februari 2022 ketika Guterres berucap pada mesyuarat Perhimpunan Agung ke-58 di New York mengenai konflik Rusia-Ukraine. Guterres akan bertemu dengan Zelensky di Ukraine pada minggu hadapan selepas singgah di Moscow bagi berbincang dengan Putin mengenai peperangan, menurut PBB kelmarin. — Gambar AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, Amerika Syarikat: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres akan bertemu dengan Presiden Volodymyr Zelensky di Ukraine pada minggu hadapan selepas singgah di Moscow bagi berbincang dengan Presiden Vladimir Putin mengenai peperangan, menurut PBB kelmarin.

Guterres akan menemui Zelensky dan menteri luar negara Ukraine pada Khamis depan, dua hari selepas melawat Moscow, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu kenyataan.

Pihak Kremlin mengesahkan pada Jumaat bahawa Putin akan menemui Guterres  pada hari Selasa.

Guterres telah menghantar surat-surat pada minggu ini meminta pertemuan secara bersemuka untuk cuba mendapatkan inisiatif bagi PBB, yang hampir dipinggirkan dari krisis sejak Rusia menawan Ukraine pada 24 Februari.

Selain itu ia susulan peperangan telah memecahbelahkan anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB: Amerika Syarikat, Perancis Britain, China dan Rusia.

China telah menolak untuk menghentam tindakan penjajahan itu, menggambarkan Rusia sebagai mangsa usaha Barat untuk melemahkannya.

Dengan surat-surat yang beliau hantar pada Selasa, Guterres cuba untuk mencadangkan dialog bagi menamatkan peperangan.

“Pada masa yang sangat bahaya dan kesannya, beliau ingin untuk membincangkan langkah-langkah segera bagi membawa kedamaian di Ukraine," jurucakap Stephane Dujarric berkata pada minggu ini.

Guterres pernah berhubung dengan Zelensky sejak perang bermula, bercakap  dengan beliau hanya menerusi panggilan telefon, pada 26 Mac.

Putin tidak menerima panggilan telefon Guterres atau mempunyai sebarang kontak dengannya, sejak ketua PBB itu menyatakan bahawa penaklukan tersbut mencabuli piagam PBB. – AFP
 

Advertisement