Anda di sini

Polis berjaya pujuk wanita cuba bunuh diri

Advertisement
Utusan Borneo
Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Tindakan pantas pihak polis berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada membunuh diri di sebuah kondominium di Jalan Kebajikan di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata kejadian cubaan bunuh diri itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang membabitkan salah seorang penghuni di kondominium terbabit.

“Mangsa cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan terbabit bagaimanapun mangsa berjaya dipujuk oleh pasukan polis sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya operasi ditamatkan jam 6.53 petang selepas memastikan keadaan persekitaran selamat.

Tambahnya operasi dilaksanakan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

  • oleh
  • Advertisement