Anda di sini

100 pintu rumah kongsi musnah terbakar

Advertisement
 Rumah kongsi menempatkan lebih 900 penduduk musnah terbakar.
RANAP: Rumah kongsi menempatkan lebih 900 penduduk musnah terbakar.

SEMPORNA: Lebih 900 penduduk hilang tempat tinggal selepas 100 pintu rumah kongsi musnah dalam insiden kebakaran di Penempatan Sementara Kampung Bangau-Bangau, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 malam.

Katanya, susulan itu, sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama dua buah jentera termasuk EMRS digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Operasi turut dibantu sepasukan lima anggota daripada BBP Air Semporna, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati 10 blok rumah kongsi menempatkan lebih 900 penduduk sudah musnah terbakar,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba segera melakukan operasi pemadaman bagi mengelak api merebak ke kawasan penempatan lain sebelum api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat dan operasi ditamatkan pada jam 3.05 pagi.

“Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden kebakaran tersebut,” katanya.

Terdahulu, penduduk yang terlibat adalah mangsa kebakaran rumah atas air Kampung Bangau-Bangau pada tahun 2017.

Semua mangsa terbabit ditempatkan di penempatan sementara rumah kongsi jenis tidak kekal (kawasan kebakaran) iaitu 10 blok bersamaan 100 pintu.

  • oleh
  • Advertisement