Anda di sini

Remaja terlibat lumba haram, didenda RM1,500

Advertisement
 Syafiqram (tengah) diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.
PADAH: Syafiqram (tengah) diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang remaja lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,500 di Mahkamah Majistret, di sini selepas mengaku bersalah terlibat dengan aktiviti lumba haram dua tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Mohammad Syafiqram Ontong,19, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Balung pada 29 Ogos 2020, jam 9 malam.

Semasa kejadian, tertuduh bersama sekumpulan tiga motosikal dari arah lampu isyarat Balung hingga ke simpang ladang Borneo Samudera dipercayai beradu kelajuan.

Syafiqram juga dilihat menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘Superman’ iaitu bertiarap di atas tempat duduk motosikal yang ditunggangnya.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda sehingga RM15,000.

Pegawai pendakwa Asisten Superintenden Joan Lee dalam hujahannya meminta Mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal selepas mengambil kira kepentingan awam serta pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Majistret Dzul Elmy Yunus kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,500, gagal bayar enam minggu penjara.

  • oleh
  • Advertisement