Anda di sini

350 bubur lambuk diagih kepada orang ramai sekitar Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau

Advertisement
 Faizam (tiga kiri) bersama Sahmain (empat kanan) dan barisan petugas mengabadikan kenangan pada program tersebut.
ALBUM: Faizam (tiga kiri) bersama Sahmain (empat kanan) dan barisan petugas mengabadikan kenangan pada program tersebut.



KENINGAU: Setiap kali menjelang Ramadan pelbagai pihak akan menjadikan program edaran bubur lambuk sebagai amalan tradisi yang diyakini mampu mengeratkan hubungan masyarakat setempat.


Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, Faizam Ibrahim berkata, pejabatnya juga melalui Unit Rakan Muda juga turut mengadakan program sedemikian secara gotong-royong.


"Kami adakan edaran bubur lambuk secara gotong-royong melibatkan Jawatankuasa Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau dan Kelab Belia Keningau (KBK).


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Rakan Muda Day Out Bahagian Keningau (Program Bubur Lambuk) di Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau di sini semalam.


Program yang diadakan itu melibatkan AJK Masjid, Belia Masjid Ar-Rahim dan ahli Kelab Belia Keningau (KBK).


Pengerusi Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau, Sahmain Hj. Hasim berkata, bagi pihak Masjid, ianya merupakan program tahunan yang dianjurkan.

 Sahmain menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai yang lalu dihadapan masjid sempena program itu.
SERAHKAN: Sahmain menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai yang lalu dihadapan masjid sempena program itu.

 
Walaubagaimanapun, pihak masjid tiada halangan dan sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana jabatan kerajaan dan NGO yang ingin bekerjasama dengan pihak masjid untuk menjayakan program sedemikian.


"In Shaa-Allah semoga ia akan menjadi antara program yang dapat menggembirakan semua pihak dalam menghayati Ramadan pada kali ini, "ujar Sahmain.


Pada program kali ini, sebanyak 350 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada para jemaah dan orang awam yang lalu di tapak program.


 

  • oleh
  • Advertisement