Anda di sini

Lelaki cedera kereta terbabas sendiri

Advertisement
 Kenderaan mangsa rosak di bahagian hadapan akibat terlanggar penghadang jalan.
ROSAK: Kenderaan mangsa rosak di bahagian hadapan akibat terlanggar penghadang jalan.

KUNAK: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Jalan Sungai Langgas, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.13 pagi.

“Susulan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa yang terlibat.

“Sebaik tiba, terdapat seorang lelaki berumur 23 tahun tersepit di dalam kenderaan yang dipandunya,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaannya dan memberikan rawatan awal.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kunak menggunakan kenderaan Ambulan untuk menerima rawatan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan tersebut selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.12 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement