Anda di sini

Shafie melawat mangsa bot karam

Advertisement
 Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) tiba di rumah mangsa seawal jam 7 pagi.
LAWAT: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) tiba di rumah mangsa seawal jam 7 pagi.

SEMPORNA: Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, hari ini mengunjungi mangsa bot karam di kediaman keluarga mereka di Kampung Sungai Nasip, di sini.

Beliau tiba kira-kira pada jam 7 pagi dan meluangkan masa hampir sejam untuk menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal.

Shafie turut mendoakan mereka serta berharap keluarga mangsa dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian ini.  

Tujuh mangsa termasuk lima kanak-kanak dilaporkan lemas, manakala 13 lagi berjaya diselamatkan dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Timbun Mata di sini pada Khamis lepas, kira-kira jam 8.40 malam.

Dalam kejadian itu, sebuah bot yang dinaiki 20 penumpang tempatan dalam perjalanan dari Kampung Bakung-Bakung menuju Kampung Tandoaan yang terletak di Pulau Timbun Mata sebelum karam di kawasan perairan berkenaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

  • oleh
  • Advertisement