Anda di sini

JKM Sibu cari waris Dysebell

Advertisement
JKM Bahagian Sibu sedang mengesan waris Dysebell.
JKM Bahagian Sibu sedang mengesan waris Dysebell.

SIBU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sibu sedang mengesan waris seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Pegawai Pelindung JKM Bahagian Sibu Willson Pilo berkata, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Dysebell telah diserahkan oleh seorang wanita kepada sepasang suami isteri di Jalan Market, kawasan pasar malam Sibu pada jam 10 malam, 23 Disember 2016.

"Kanak-kanak merupakan individu yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan selaras Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001," jelasnya menerusi kenyataan.

Katanya, kes kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Sibu dan Pelindung yang kini dalam usaha mengesan ibu kandung kanak-kanak bagi tujuan penempatan dan kebajikan selanjutnya. 

Sehubungan itu, pejabat ini juga mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat ibu kandung atau waris kanak-kanak untuk menghubungi Pelindung, Julia Nuai Gawing dan Willson Pilo di talian 084-330675.

Atau hadir ke pejabat JKM Bahagian Sibu, Kompleks Islam Sarawak Sibu, Tingkat 3, Jalan Awang Ramli Amit, 96000 Sibu bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Pelindung mengesan ibu kandung kanak-kanak terbabit, seterusnya membantu mahkamah membuat keputusan terbaik demi kepentingan dan kebajikannya.

Advertisement