Anda di sini

Wanita warga emas selamat, selepas hilang tiga hari di hutan

Advertisement
 Mangsa yang ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang selama tiga hari di dalam hutan. Gambar ihsan JBPM Sabah
SELAMAT: Mangsa yang ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang selama tiga hari di dalam hutan. Gambar ihsan JBPM Sabah

TAMBUNAN: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di hutan semasa mencari sayur akhirnya ditemukan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Tikolod dekat sini.

Jurucakap Pusat gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, mangsa dikenali sebagai Bibia Angkangon, 63, ditemukan dalam keadaan selamat kira-kira jam 2.20 petang hari ini.

Katanya, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di hutan kawasan terbabit sejak 17 Mac lepas kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, operasi pencarian dijalankan hari ini bermula jam 8 pagi di kawasan hutan dan persisir sungai berdekatan.

"Mangsa ditemukan di kebun kelapa sawit oleh pasukan bomba bersama polis, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan orang kampung pada jarak sekitar 1.5 kilometer dari rumah mangsa.

"Keadaan mangsa juga baik sebelum dibawa ke hospital pada jam 2.58 petang oleh pihak polis bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang.
 

  • oleh
  • Advertisement