Anda di sini

Juliah rasmi program bermanfaat kepada rakyat

Advertisement
 Keluarga@Kerja DUN Pintasan Kota Belud.
TINJAU: Juliah melawat ruang pameran ketika hadir Majlis Perasmian Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah dan Jerayawara Keluarga Malaysia: Keluarga@Kerja DUN Pintasan Kota Belud.

KOTA BELUD: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag merasmikan Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah dan Jerayawara Keluarga Malaysia@Kerja Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, di Dewan Serbaguna Embo Ali, di Kampung Pandasan, di sini hari ini.

Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Tahun 2022 merupakan titik permulaan kepada siri penjelajahan bagi menyantuni kumpulan sasar keluarga Malaysia.

Manakala program Jerayawara Keluarga Malaysia@Kerja pula adalah siri penjelajahan program kekeluargaan di seluruh negeri Sabah yang telah dilancarkan di Sulaman pada 3 Mac lalu.

Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) itu berkata, program Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah dengan MUTIARA GRS itu menyasarkan golongan wanita, ibu-ibu sama ada suri rumah atau yang bekerja terutama di kawasan luar bandar.

Manakala bagi Jelajah Kasih Keluarga Malaysia, fokus kepada keluarga B40.
 

  • oleh
  • Advertisement