Anda di sini

Tujuh kematian disebabkan COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan tujuh kematian baharu melibatkan pesakit COVID-19 pada 3 Mac 2022.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, dua kes terjadi di Kota Belud dan Tenom, manakala masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Sipitang.

"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 3,985 menjadikan jumlah kumulatif 301,911 orang. 

"Manakala 1,543 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 990 orang di hospital, 535 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 15 orang di Pusat Tahanan Sementara atau penjara dan tiga orang di fasiliti swasta," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 63 orang merangkumi 54 di Unit Rawatan Rapi serta sembilan di open ward dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu katanya, sebanyak tujuh kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia seluruh Sabah.

"Empat orang dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka dan tiga orang gagal mendaftar masuk premis," katanya.

  • oleh
  • Advertisement