Anda di sini

QSB wujudkan perkhidmatan OSA

Advertisement
 (Dari kiri) Amir, Suhaimi, Lion, Salleh, Ahmad Rizal dan Noor semasa pertukaran perjanjian usaha sama.
KENANGAN: (Dari kiri) Amir, Suhaimi, Lion, Salleh, Ahmad Rizal dan Noor semasa pertukaran perjanjian usaha sama.

KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) iaitu cabang pelaburan kerajaan negeri kini mengembangkan perkhidmatan dalam bidang Agensi Sehenti (OSA) bagi mengembangkan lagi pembangunan Koridor Utiliti Sabah.

Penubuhan Koridor Utiliti Sabah Sdn Bhd (KUSSB) dimeterai melalui pemeteraian perjanjian usaha sama (JVA) antara QSB dan Karisma Utiliti Borneo Sdn Bhd (KUBSB) pada 2 Mac yang mengesahkan bahawa KUSSB akan menjadi entiti yang bertanggungjawab untuk menyelaras, merancang, mengawal selia dan menyimpan data pembangunan infrastruktur utiliti yang dibangunkan oleh penyedia utiliti dan pemaju di Sabah.
 
JVA itu ditandatangani antara Pengarah KUBSB, Datuk Lion Peh dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QSB Ahmad Rizal Dahli, disaksikan Pengerusi QSB Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak.

Ahmad Rizal berkata, pihaknya mempunyai pelan pembangunan infrastruktur negeri sistematik boleh dicapai dengan mengurangkan koridor utiliti menjadi satu standard bertaraf dunia di mana perancangan serta kawal selia berdasarkan pemetaan dan penyimpanan data adalah elemen penting.

“Untuk meningkatkan standard perancangan, seseorang itu mesti mempunyai garis panduan yang jelas yang dibina berdasarkan penemuan fakta dan data. 

"Oleh itu, utuk membantu kerajaan negeri dalam peranan pengawalseliaan yang cekap, terlebih dahulu perlu merangka pelan tindakan untuk menggabungkan semua data sedia ada sebagai titik rujukan dan menggunakannya untuk memacu piawaian pelan pembangunan yang terkandung dalam Koridor Utiliti Sabah kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Ahmad Rizal berkata, penubuhan itu juga akan memacu inisiatif digital ke hadapan dengan memperkenalkan teknologi pusat data untuk mengumpul dan menyimpan data dalam format 3 dimensi (3D).
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KUSSB Amir Yazzed Abdul Hadi berkata, usaha sama itu akan menyediakan sistem pengurusan infrastruktur utiliti yang komprehensif dan pangkalan data koridor menggunakan teknologi terkini untuk menetapkan platform lebih baik bagi memudahkan perancangan negeri pada masa depan.


“Penggunaan set lengkap data adalah penting, bukan sahaja dalam operasi harian dan penyelenggaraan utiliti tetapi dalam mengurangkan masa yang diperlukan untuk melaksanakan pembangunan baharu dan meminimumkan kos bagi kerja-kerja penempatan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis tandatangan itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Korporat), Noor Afzalinah Mohd Afzul Khan dan Pengarah KUBSB, Datuk Suhaimi Nasir.
 
 

  • oleh
  • Advertisement