Anda di sini

Doris serah sumbangan kepada golongan memerlukan

Advertisement
 Doris (kiri) bertanyakan khabar kepada Saudah selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda daripada MUTIARA GRS dalam program itu.
MESRA: Doris (kiri) bertanyakan khabar kepada Saudah selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda daripada MUTIARA GRS dalam program itu.



KENINGAU: Ahli Jawatankuasa Kuasa (AJK) Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Doris @ Nurul IIiiliyana Jopirit, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik, turun padang menemui rakyat sekaligus menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan.


Doris berkata sumbangan bantuan itu adalah merupakan bantuan amal bakti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertubuhan berkenaan bagi menyantuni penduduk  memerlukan.


Antara barangan serta peralatan yang disampaikan kepada penerima ialah  kerusi roda serta keperluan asas seperti pampers, ubat-ubatan, dan bakul makanan barangan keperluan harian.


Penerima terdiri daripada golongan warga emas, Suliah  Likoh daripada Kampung Sandapak; Langot  Gulim (Kg. Baru); Rosinah Orangkuti, Saripah Yamudah, Lidong@Udong Marijal yang sedang menjalani kuarantin di kediamannya di kampung Tohan Baru; Saudah Katimbau (Kg Liau Ulu) dan Jaimis Anthony Leong (Kg Bakiau).


Para penerima serta keluarga masing-masing amat menghargai serta merakamkan  ucapan terima kasih kepada pengurusan MUTIARA GRS atas sumbangan yang diberikan itu.
Turut mengiringi Doris ialah Ketua Wiranita, Wiramuda serta AJK STAR Bahagian.

 Doris (tiga kiri) bersama rombongan menyampaikan bantuan sumbangan bakul makanan keperluan makanan harian kepada Suliah Likoh (duduk) di kediamannya di Kg Sandapak.
SAMPAIKKAN: Doris (tiga kiri) bersama rombongan menyampaikan bantuan sumbangan bakul makanan keperluan makanan harian kepada Suliah Likoh (duduk) di kediamannya di Kg Sandapak.
  • oleh
  • Advertisement