Anda di sini

Terlibat dadah, penjual roti canai dipenjara sembilan tahun

Advertisement
 Tertuduh diiringi keluar oleh polis dari Mahkamah Sesyen Mukah.
KE PENJARA: Tertuduh diiringi keluar oleh polis dari Mahkamah Sesyen Mukah.

MUKAH: Seorang penjual roti canai berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas dia mengaku bersalah terlibat dalam kegiatan dadah.

Tertuduh Shaptuyah Aswart, 41, didakwa di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan kurang daripada 10 sebatan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarifuddin Abdul Rasa yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu di Penjara Sibu.

Mengikut fakta ringkas kes, tertuduh pada 10 Oktober lalu, kira-kira jam 5.45 petang ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Jalan Selangau-Bintulu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

Sepasukan polis melakukan pemeriksaan terhadap kenderaannya, menemui dan seterusnya merampas beg hitam mengandungi 51.60 gram dadah jenis Methamphetamine.

Tertuduh segera ditahan di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement