Anda di sini

Pemimpin Ukraine jemput Biden lawat Kyiv bagi menunjukkan sokongan

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 1 September 2021, menunjukkan Joe Biden (kanan) mengadakan pertemuan dengan Zelensky di Rumah Putih di Washington. — Gambar AFP
DIPLOMASI: Gambar fail bertarikh 1 September 2021, menunjukkan Joe Biden (kanan) mengadakan pertemuan dengan Zelensky di Rumah Putih di Washington. — Gambar AFP


KYIV: Pemimpin Ukraine Volodymyr Zelensky kelmarin menjemput Presiden AS Joe Biden untuk melawat Kyiv bagi menunjukkan sokongan Washington ketika berdepan penaklukan Rusia yang membimbangkan.

“Saya yakin bahawa lawatan anda ke Kyiv pada beberapa hari akan datang … akan menjadi satu petunjuk yang sangat kuat dan membantu menstabilkan situasi,” pihak presiden memetik Zelensky sebagai memberitahu Biden dalam satu panggilan telefon pada awal kelmarin.

Washington tidak menyebut tentang jemputan dalam kenyataan yang dibacakan mengenai panggilan selama 50 minit.

Rumah Putih menyatakan Biden telah mengesahkan komitmen Amerika Syarikat untuk kedaulatan dan intergriti wilayah Ukraine.

“Kedua-dua pemimpin itu bersetuju mengenai kepentingan untuk terus melakukan diplomasi dan pencegahan dalam respons kepada pembentukan tentera Rusia di sempadan Ukraine,” kata Rumah Putih.

Pejabat Zelensky menyatakan kedua-dua pemimpin itu telah membincangkan sekatan ekonomi yang berpotensi terhadap Rusia sekiranya ia menawan negara jiran baratnya, telah mengepungnya dengan lebih daripada 100,000 anggota tentera pada minggu lepas.

“Kami belum lagi menjadi anggota NATO. Atas sebab ini, hanya tentera Ukraine yang kuat dapat menjamin keselamatan negara kami,” Zelensky menambah selepas berterima kasih kepada Biden bagi penghantaran bekalan ketenteraan AS. — AFP

Advertisement