Anda di sini

Kes COVID-19 di Sabah kembali melepasi angka 4,000

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID-19 di negeri ini kembali melepasi angka 4,000 dengan pertambahan 144 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak 4,035 kes direkodkan hari ini dan ia sudah diduga dengan mengambil kira peratusan jangkitan sporadik yang tinggi.

“Jumlah daerah yang mencatatkan kes tiga angka juga semakin bertambah hari ini iaitu 12 daerah dengan Kota Kinabalu paling tinggi sebanyak 910, manakala kes baharu di Putatan juga naik 136 dalam masa sehari.

“Selain itu, Sandakan 496 kes, Tuaran (388), Tawau (328), Penampang (325), Papar (263), Putatan (200), Lahad Datu (189), Beaufort (134), Ranau (129), Keningau (106), dan Kota Belud (106)” katanya.

Menurutnya, jumlah kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik adalah amat tinggi iaitu 61.07 peratus atau 2,464 daripada 4,035 kes hari ini.

“Peratusan jangkitan sporadik yang tinggi membantu penularan virus dengan lebih cepat dan luas mengakibatkan jumlah kes harian berganda dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Sementara itu, katanya, setakat hari ini hanya 9,686 (2.35 peratus) daripada 411,400 kanak-kanak yang layak di Sabah telah menerima vaksin.

“Ia adalah satu angka yang sangat rendah dengan mengambil kira risiko jangkitan yang tinggi serta jumlah kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang diangkiti wabak setiap hari.

“hari ini, sebanyak 272 pesakit baharu terdiri daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang sepatutnya sudah layak menerima vaksin,” katanya.

Masidi berkata, sejumlah 4,011 (99.41 peratus) daripada 4,035 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, tujuh kes dalam kategori 3, manakala 14 kes dalam kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5 yang direkodkan hari ini.

  • oleh
  • Advertisement