Anda di sini

Lapan orang awam maut dibunuh kumpulan bersenjata di Venezuela 

Advertisement
Padrino menunjukkan peta ketika membuat sidang media di Miraflores Presidential Palace di Caracas. — Gambar AFP
Padrino menunjukkan peta ketika membuat sidang media di Miraflores Presidential Palace di Caracas. — Gambar AFP

CARACAS: Lapan orang awam telah dibunuh oleh kumpulan bersenjata sejak beberapa hari lepas di wilayah barat daya terpencil di Venezuela yang bersempadan dengan Colombia, menurut menteri pertahanan negara pada Jumaat.

Vladimir Padrino turut menyatakan bahawa sembilan orang “pengganas” telah terkorban dan 56 orang ditangkap dalam beberapa operasi tentera di wilayah Apure tanpa kehilangan “seorang anggota tentera pun.”

“Malangnya, pada minggu lepas kami menerima berita mengenai lapan kematian awam,” menurut Padrino dalam satu sidang media.

Beliau turut memainkan satu rakaman video mengecam penggunaan periuk api “buatan sendiri” oleh kumpulan bersenjata, namun tidak mnyatakan sekiranya ia adalah punca bagi kematian orang awam.

Operasi ketenteraan adalah bertujuan untuk menghalau kumpulan samseng Colombia yang dikatakan oleh kerajaan sebagai “pengganas pengedaran dadah bersenjata.”

Pemberontak sayap kiri Colombia telah merentasi dengan bebas sempadan poros sepanjang 2,000 kilometer di antara kedua-dua negara.

Bogota menuduh Presiden Venezuela Nicolas Maduro sebagai memberikan perlindungan kepada penentang dari kumpulan yang dibubarkan Revolutionary Armed Forces of Colombia (FARC) dan militan berasal dari National Liberation Army (ELN).

Dua kumpulan adalah antara beberapa pihak militan bersenjata yang berjuang bagi kawalan ke atas laluan pengedaran dadah melalui Colombia.
Caracas menafikan tuduhan tersebut.

Padrino menyatakan pihak berkuasa telah merampas 1,200 kilogram kokain dan 800 kilogram ganja, memusnahkan 16 buah kem dan merampas tiga buah pesawat serta beberapa laras raifal serangan dalam operasi itu.

Pada Mac 2021, 16 anggota tentera meninggal dunia dalam pertempuran antara pihak tentera Venezuela dan pemberontak Colombia yang turut menyebabkan ribuan orang awam kehilangan tempat tinggal.

Javier Tarazona, seorang aktivis Venezuela dari sebuah NGO yang melaporkan tentang pertempuran sebegitu dan menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan penentang FARC, yang telah berlaku sejak Julai 2021.

Pada Khamis lepas, pihak berkuasa Colombia menyatakan empat orang telah pergi dengan sebuah trak berhampiran sempadan dibunuh oleh penyerang  yang menunggang motosikal.

Mangsa itu sendiri mempunyai senjata namun kelihatan tidak sempat untuk bertindak balas terhadap serangan. Pihak berkuasa masih belum nenentukan siapa pelaku dan mangsa dalam serangan itu. - AFP
 

Advertisement