Anda di sini

SAR kanak-kanak lelaki masuk hari ketiga

Advertisement
 Pasukan bomba semasa menjalankan operasi SAR di sekitar Sungai Bengkoka.
SAR: Pasukan bomba semasa menjalankan operasi SAR di sekitar Sungai Bengkoka.

KOTA MARUDU: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas di Sungai Bengkoka Jalan Hapseng-Kampung Mangkabusu di sini memasuki hari ketiga semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata pencarian yang dimulakan jam 8.10 pagi itu membabitkan lebih 50 individu termasuk pasukan keselamatan daripada pelbagai agensi dan orang awam.

“Pencarian dilakukan menggunakan kaedah ‘Surface Rescue and Surface Searcing’ di sepanjang laluan sungai dengan membabitkan beberapa kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Menurutnya setakat ini mangsa belum ditemukan dan pihaknya akan meneruskan SAR sehingga mendapat sebarang arahan lain yang akan diberitahu kelak.

Terdahulu, mangsa yang berumur 12 tahun itu dipercayai lemas ketika berkelah bersama keluarga di tepi sungai terbabit kira-kira jam 2 petang Ahad lalu.

Rony berkata kehilangan mangsa tidak disedari oleh ahli keluarganya dan mangsa yang juga pesakit talasemia hanya dikesan hilang selepas mangsa tidak kelihatan di kawasan tepi sungai terbabit.

  • oleh
  • Advertisement