Anda di sini

Perjanjian Tambahan sokong pembangunan tanah Wisma KOSAN Likas

Advertisement
 Razman menyerahkan Mock Cek kepada Timbalan Pengerusi Kosan Wan Shah (tengah kiri) dengan disaksikan oleh Ellron (tengah) bersama Ahli Lembaga Koperasi KOSAN, peguam dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
CEK: Razman menyerahkan Mock Cek kepada Timbalan Pengerusi Kosan Wan Shah (tengah kiri) dengan disaksikan oleh Ellron (tengah) bersama Ahli Lembaga Koperasi KOSAN, peguam dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
 Ellron (tengah) dan wakil pemaju Razman Abdullah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Kosan dengan kehadiran wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
EGM: Ellron (tengah) dan wakil pemaju Razman Abdullah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Kosan dengan kehadiran wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

KOTA KINABALU: Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) berjaya mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diikuti dengan Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan dengan pihak pemaju untuk membangunkan tanah Wisma KOSAN.

Pengerusi Lembaga Pengarah KOSAN Datuk Ellron Angin berkata KOSAN dan pihak pemaju Harmoni Bumiria Sdn Bhd menandatangani Perjanjian Usahasama sejak Ogos 2015 bagi membangunkan tanah Wisma KOSAN yang terletak di persimpangan Jalan Tuaran dan Jalan Teluk Likas. 

“Disebabkan berlakunya keadaan yang tidak dijangka, pembangunan dan tandatangan Perjanjian Tambahan tersebut tertangguh selama beberapa tahun.

“Dengan usaha serta kerjasama Ahli Lembaga KOSAN baharu, majoriti ahli KOSAN menyokong pembangunan tersebut dan bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Tambahan,” katanya.

Semasa EGM terbabit, Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Negeri menyatakan hasratnya untuk meyumbang lebih banyak kepada koperasi dan berharap agar Ahli Lembaga Koperasi baharu akan bersatu dan bekerjasama untuk membawa pembangunan serta perkembangan kepada KOSAN.

Semasa majlis menandatangani Perjanjian Tambahan terbabit, pihak pemaju mengeluarkan bayaran peringkat dalam bentuk cek berjumlah RM1,450,000 kepada KOSAN.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk membangunkan projek pembangunan campuran yang komersil, ruang pejabat serta 650 unit Perkhidmatan Suite iaitu projek LikasVue di tanah Wisma Kosan. 

“Pembangunan itu akan memberi peluang pelaburan kepada pihak yang ingin melabur atau memiliki hartanah di Likas,” katanya.

Pemegang saham Harmoni Bumiria Sdn Bhd ialah Asian Pac Holdings Berhad (“Asian Pac”). Asian Pac adalah syarikat yang tersenarai di bursa utama, Bursa Securities Malaysia Berhad [Bursa:ASIAPAC].

Kumpulan Asian Pac secara prinsipal terlibat dalam pegangan pelaburan, pembangunan dan pelaburan hartanah, pusat belibelah, pemilikan dan pengurusan tempat letak kereta, serta perdagangan bahan binaan.

Di Sabah, Asian Pac Group juga adalah pemaju beberapa kompleks terkemuka termasuklah Karamunsing Capital, KK Times Square Signature Office, The Loft Residence, Imago Shopping Mall dan Rimba Hills di Kinarut.

  • oleh
  • Advertisement