Anda di sini

Kadar kes jenayah di Sibu rekod penurunan

Advertisement
Collin menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota sempena penganjunran majlis tersebut.
Collin menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota sempena penganjunran majlis tersebut.

SIBU: Kadar indeks jenayah yang direkodkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sepanjang tahun 2021 menurun sebanyak 217 kes.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Dr Collin Babat berkata, pada tahun lalu IPD Sibu telah merekodkan sebanyak 590 kes berbanding 807 kes pada tahun 2020.

Katanya, sebanyak 359 kertas siasatan dibuka Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Sibu pada tahun 2021 dan sejumlah 152 kes telah dituduh di Makhamah.

"Sebanyak 61 kes telah selesai dan kadar pertuduhan di makhamah telah melebihi KPI (indeks prestasi utama) yang ditetapkan iaitu 130 peratus. 

"Antara kejayaan JSJK Sibu pada tahun 2021 ialah menyelesaikan kes tuntutan palsu wang Perkseso," katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Sibu hari ini.

Menurut Collin, bagi tahun 2020 pula, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Sibu merekodkan 286 kes, dan daripada jumlah tersebut sebanyak 172 kes telah dituduh di mahkamah.

Ujar beliau, trend penurun itu adalah adalah hasil kerjasama yang erat dan semangat berpasukan di antara pegawai dan anggota IPD Sibu dalam pencegahan jenayah serta memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengaja keselamatan dan kenteraman awam.

Katanya, beliau percaya pada masa akan datang cabaran yang lebih besar bakal ditempuhi.

Justeru beliau menuntut kerjasama antara semua bahagian dalam pasukan dan hendaklah sentiasa kukuh dan jitu agar dapat beri perkhidmatan yang terbaik serta berkualiti kepada masayrakat

"Seperti sedia maklum, negara masih berdepan dengan COVID-19 dan masih berada dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), saya ingin mengingatkan semua untuk menjaga kesihatan diri dan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

"Selain itu, hendaklah menunjukkan displin diri yang tinggi, penampilan kemas dan mengelakkan diri daripada jenayah dadah, rasuah serta perjudian dalam talian," tegas beliau.

  • oleh
  • Advertisement