Anda di sini

738 orang masih menerima rawatan disebabkan COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Seramai 738 pesakit COVID-19 masih menerima rawatan di Sabah sementara 144 orang telah sembuh pada 15 Januari 2022.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada 738 pesakit itu, 395 orang menerima rawatan di hospital, 335 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, tujuh orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara dan satu orang di fasiliti swasta. 

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 31 orang merangkumi 28 di Unit Rawatan Rapi serta tiga di open ward," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, masih terdapat sembilan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Manakala bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 24 orang.

Katanya, Sabah juga merekodkan tiga kes kematian disebabkan COVID-19 pada hari yang sama.

"Masing-masing satu kes di daerah Ranau, Tawau dan Kota Belud. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement