Anda di sini

RELA Bingkor, PPPUPB adakan gotong royong bersihkan Pekan Bingkor

Advertisement
 Sebahagian peserta, ketua-ketua Platun RELA dan Pengerusi PPPUB, Jasly Thomas serta Gilbert (tengah) merakamkan gambar kenangan sejurus selesai program gotong royong.
ALBUM: Sebahagian peserta, ketua-ketua Platun RELA dan Pengerusi PPPUB, Jasly Thomas serta Gilbert (tengah) merakamkan gambar kenangan sejurus selesai program gotong royong.



KENINGAU: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Mukim Bingkor yang melibatkan empat buah mukim iaitu, Mukim Bingkor 1, 2, 3 dan 4 bersama Persatuan Penjaja Pasar Umum Pekan Bingkor (PPPUPB) telah mengadakan gotong royong membersihkan bangunan dewan terbuka dan kawasan persekitaran pasar umum harian Pekan Bingkor baru-baru ini.


Ketua Perhubungan RELA kawasan Bingkor 2, Gilbert Andrew Salabin Sapawan memberitahu seramai 50 orang hadir pada program tersebut.


“Program ini adalah inisiatif anggota RELA yang sedia berkhidmat tanpa dipaksa atau disuruh untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat demi kebaikan semua pihak.


“Gotong royong ini merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat selain program derma darah dan penugasan kawalan aman setempat yang dianjurkan oleh RELA Mukim Bingkor.


“Kerajaan telah menyediakan prasarana untuk masyarakat dengan itu adalah wajar penjagaan dari segi kebersihannya adalah merupakan tanggung jawab bersama dengan tidak bergantung sepenuhnya pada kerajaan secara berterusan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement