Anda di sini

PWR Tambunan tampil menyokong aktiviti masyarakat

Advertisement
 Saldivilla (kiri) menyampaikan sumbangan kewangan daripada Jeffery yang diterima oleh Herry.
SAMPAIKAN: Saldivilla (kiri) menyampaikan sumbangan kewangan daripada Jeffery yang diterima oleh Herry.



TAMBUNAN: Menyumbang kepada masyarakat kampung dalam usaha membantu serta  menyokong menjayakan sebarang aktiviti komuniti kampung terutama pada musim perayaan, merupakan inisiatif yang holistik dan langkah proaktif daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan.

 
Baru-baru ini Pegawai Pembangunan Khas Pejabat Wakil Rakyat (PWR) Tambunan, Saldivilla Wences yang mewakili Jeffrey menyerahkan sumbangan kewangan kepada komuniti di kampung Monsok Tengah untuk pembiayaan aktiviti perayaan sambutan Natal di kampung tersebut.


Sumbangan diterima oleh Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Monsok Tengah Herry.


Dalam masa yang sama, Saldivilla turut mewakili Jeffrey menyampaikan sumbangan kewangan kepada komuniti kampung Kuala Monsok bagi penganjuran aktiviti sukan di kampung berkenaan yang diterima oleh Pengerusi JPKK Kuala Monsok Kamilus George.
 

  • oleh
  • Advertisement