Anda di sini

Dana amal diperlu bantu pesakit jantung kanak-kanak

Advertisement
 Eva (dua kanan) bersama tetamu lain ketika dalam majlis amal berkenaan.
KENANGAN: Eva (dua kanan) bersama tetamu lain ketika dalam majlis amal berkenaan.

KOTA KINABALU: Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah ingin merayu kepada masyarakat bermurah hati agar bantu mengisi dana amal sebanyak RM150,000 bagi merawat tiga pesakit sebelum akhir tahun ini.

Presidennya Datuk Eva Susau berkata, pesakit iaitu kanak-kanak berumur lapan, sembilan dan 13 tahun sangat memerlukan bantuan berkenaan.

"Faizal iaitu kanak-kanak berumur 13 tahun adalah pesakit ke 700 kita. Sehingga kini SOS Heart Fund telah menaja 700 kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan pembedahan jantung.

"Ramai dalam kalangan mereka kini sudah besar serta mempunyai keluarga selain terdapat juga kini mempunyai cucu.

"Faizal kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan dilakukan pada Sabtu lalu. Dia akan dibenarkan pulang selepas semuanya baik, kesnya itu memakan kos dalam lingkungan RM60,000," katanya dalam satu Program Dana Amal anjuran Gleneagles di sini, semalam.

Beliau berkata, sumbangan-sumbangan yang diberikan dalam dana ini akan membolehkan sinar baharu menyinari kehidupan keluarga para pesakit.

Katanya, dana yang dikumpul dijamin akan digunakan sepenuhnya kepada semua pesakit ini sehingga pada masa hadapan.
 

  • oleh
  • Advertisement