Anda di sini

Warga emas dijumpai mati

Advertisement
Bomba mengangkat mayat mangsa sambil dibantu polis dan pasukan KKM.
Bomba mengangkat mayat mangsa sambil dibantu polis dan pasukan KKM.

KUCHING: Seorang warga emas dijumpai mati di belakang sebuah bangunan komersial, Jalan P. Ramlee di sini pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam kenyataan memberitahu, mangsa seorang lelaki tempatan yang telah dikenal pasti identiti berusia 66 tahun itu dijumpai sekitar jam 6.45 pagi.

Katanya, selepas menerima laporan anggota dari Balai Polis Sentral bersama-sama pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching digerakkan ke lokasi. 

"Turut digerakkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Ketua Jabatan dan Pegawai Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi menjalankan siasatan awal kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini. 

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujar Ahsmon lagi.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan digerakan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kejadian itu bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa. 

"Sebaik tiba, didapati satu mayat berada dalam longkang sedalam satu meter. 

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang turut berada dilokasi," katanya. 

Mayat mangsa seterusnya diangkat anggota bomba menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan 'scroop stretcher' sebelum diserahkan kepada polis dan Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. 

Bomba seterusnya melakukan operasi nyahcemar sebelum bertolak balik selepas mendapati keadaan di lokasi selamat. 

  • oleh
  • Advertisement