Anda di sini

Jeffrey hulur sumbangan jayakan program sekolah

Advertisement
 Jesaria (kanan) menyerahkan sumbangan kewangan kepada Letty di majlis itu.
SERAHKAN: Jesaria (kanan) menyerahkan sumbangan kewangan kepada Letty di majlis itu.



KENINGAU: Inisiatif serta usaha murni Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama tenaga pengajar Sekolah Menengah (SM) Saint Francis Xavier Keningau menganjurkan program 'Kerana Dirimu Amat  Berharga' mendapat pujian serta sokongan dan dorongan dari Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dengan memberikan suntikan dana kewangan bagi menjayakan program berkenaan.


Program tersebut diadakan bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah kewangan sepanjang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara atas talian sepanjang pandemik COVID-19.


Program yang dilaksanakan itu juga dilihat memberi suntikan motivasi dan galakan kepada pelajar yang rajin menghadirkan diri secara konsisten dan berkomitmen tinggi mengikuti PdPR selama ini.


Pegawai Perancang Pembangunan Strategik di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau Jesaria Charles Kimin mewakili Jeffrey menyerahkan sumbangan berkenaan yang diterima oleh Cikgu Letty Teo.


Jesaria berharap semoga sumbangan daripada Jeffrey itu sedikit sebanyak dapat membantu menjayakan program tersebut yang dilihat sebagai satu pendekatan untuk memotivasikan dan menggalakkan pelajar agar terus bersemangat mengikuti PdPR.

  • oleh
  • Advertisement