Anda di sini

Banduan dipenjara dua bulan kerana cederakan wanita

Advertisement
 

MIRI: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah dengan mencederakan seorang wanita.
    
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dijalani secara berasingan dengan hukuman penjara bagi kesalahan lain yang sedang dijalaninya sekarang.
    
Masir Yasir, 29, dari Batu 7 Lusut di sini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Rosnah Mohamad Staney Alwis, 39, dengan memukul menggunakan tangan di bahagian kepala mangsa sehingga menyebabkan kesakitan.
    
Dia didakwa melakuan kesalahan itu pada jam 7.30 malam, 6 Oktober lalu di sebuah rumah di Batu 7 Lusut di sini.
    
Pendakwaan dilalukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Md. Syafique Md. Hilmie. Manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement