Anda di sini

Piala AFF: Singapura tewaskan Filipina 2-1, dahului Kumpulan A

Advertisement
Antara aksi pemain Singapura dan Filipina malam Rabu. -Gambar FB AFF Suzuki Cup
Antara aksi pemain Singapura dan Filipina malam Rabu. -Gambar FB AFF Suzuki Cup

KUALA LUMPUR: Juara empat kali Singapura mendahului carta Kumpulan A Piala AFF 2020 selepas mengalahkan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Singapura, malam ini.

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, pasukan Lions itu berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk mendahului 2-0 pada separuh masa kedua.

Tandukan ketua pasukan Harris Harun pada minit ke-61 meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan, manakala penyerang Muhammad Faris Ramli, menjadikannya 2-0 dua minit kemudian.

Bagaimanapun pasukan Azkal berjaya merapatkan jurang menerusi tandukan Amin Nazari pada minit ke-69, namun keadaan itu kekal sehingga tamat permainan.

Terdahulu Myanmar mengalahkan Timor Leste 2-0 bagi memastikan peluang untuk layak ke separuh akhir masih terbuka untuk pasukan itu, selepas tewas 0-3 kepada Singapura pada Ahad.

Gol-gol Myanmar dijaringkan menerusi tandukan Than Paing pada minit ke-14, sebelum ketua pasukan Maung Maung Lwin menambah jaringan pada minit ke-50.

Singapura kini mendahului Kumpulan A dengan enam mata, diikuti Thailand (3 mata), Myanmar (3 mata) manakala Filipina dan Timor Leste masih belum mengutip sebarang mata.

Perlawanan Kumpulan A seterusnya pada Sabtu, dengan Timor Leste bertemu Filipina, manakala Thailand akan berhadapan Myanmar.

Aksi Kumpulan B yang akan berlangsung esok pula menyaksikan Malaysia bertemu Laos pada jam 5.30 petang, manakala Indonesia akan memulakan kempen mereka dengan berhadapan Kemboja pada jam 8.30 malam. - BERNAMA
 

Advertisement