Anda di sini

PBS puji usaha kerajaan negeri tuntut hak rakyat

Advertisement
JULITA
JULITA

KOTA KINABALU: Usaha kerajaan negeri dalam menuntut hak Sabah melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia (MKMA63) harus dipuji dan disokong oleh semua rakyat di sini.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata pihaknya memuji usaha itu demi kepentingan hak rakyat di negeri ini dan ia perlu diteruskan.

“Perkara itu turut diusahakan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) sejak dahulu lagi dan kami terus menyokong usaha kerajaan negeri dalam tindakannya untuk menuntut MA63,” katanya.

Katanya ketika mengulas perjanjian kerjasama komersial atau Commercial Collaboration Agreement (CCA) antara syarikat milik penuh kerajaan Sabah SMJ Petroleum Sdn. Bhd dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), di Menara Kinabalu, kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PBS berkata penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd adalah keputusan CCA yang dimeterai kerajaan negeri dan syarikat minyat nasional, PETRONAS.

“Tahniah kepada kerajaan negeri kerana CCA adalah usaha yang baik dan merupakan era baharu dalam industri minyak dan gas di Sabah.

“Ia juga salah satu hasil daripada MKMA63 yang diusahakan oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Sabah bersama semua komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Julita berkata pihaknya yakin lebih banyak lagi kemudahan yang akan menyusul selepas ini termasuklah hak-hak kewangan negeri Sabah.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebelum ini menyatakan CCA adalah aspirasi rakyat Sabah untuk mendapatkan kepentingan dalam minyak dan gas negeri ini.

Ia juga bertujuan membincangkan penglibatan Sabah dalam industri minyak dan gas dari aspek komersial.

MKMA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri turut dianggotai oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement