Anda di sini

Celcom bangun 250 tapak baru, optimum 8,000 tapak di seluruh negara 

Advertisement
 

KUCHING: Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus melaksanakan pelaburan yang berterusan dalam inisiatif penambahbaikan rangkaian untuk memastikan pengalaman rangkaian yang konsisten kepada semua rakyat Malaysia. 

Sehingga kini, Celcom sudah melaksanakan pelaburan perbelanjaan modal sebanyak RM825 juta dengan membangun 250 tapak rangkaian baharu serta mengoptimumkan 8,000 tapak dengan liputan dan kapasiti 4G yang telah dipertingkatkan. 

Pelaburan rangkaian Celcom telah meningkatkan liputan populasi 4G LTE dengan kualiti rangkaian yang lebih pantas terutamanya di Sabah, Pahang, Terengganu, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah, sejak 9 bulan yang lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Idham Nawawi (gambar) berkata trajektori pertumbuhan syarikat merupakan hasil daripada fokus berterusan dalam pengurusan kos operasi dan pelaburan rangkaian yang dipacu, serta disokong dengan prestasi pasaran kukuh oleh pasukan jualan kami dan portfolio produk yang kompetitif. 

“Pelanggan kami dapat menikmati salah sebuah daya pengeluaran yang tertinggi dengan rangkaian kami. 

“Kami akan terus melabur dalam usaha mempertingkat rangkaian dan menangani trafik data yang meningkat bagi memastikan rangkaian kami menjangkau kesemua lapisan masyarakat termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya. 

Tambahnya syarikat kini sedang memodenkan rangkaiannya dengan teknologi rangkaian terkini, termasuk teknologi 8T8R RAN yang akan meningkatkan kapasiti mudah alih dan pengalaman pengguna dengan kereta. 

Penambahbaikan rangkaian Celcom juga termasuk penamatan perkhidmatan 3G yang akan membolehkan syarikat memperuntukkan lebih banyak sumber rangkaian dalam spektrum sumber 4G LTE, bersedia untuk rangkaian 5G. 

Baru-baru ini, Celcom telah mengambilalih dua syarikat ICT yang terkemuka iaitu Infront Consulting Group (M) Sdn Bhd untuk perkhidmatan awam dan rangkaian Terurus dan Bridgenet Solutions Sdn Bhd untuk penyelarasan keselamatan siber, penyelesaian rangkaian dan perkhidmatan terurus. 

“Celcom menyasarkan untuk menawarkan penyelesaian ICT yang inovatif, terutamanya dalam Keselamatan Siber, kepada perusahaan tempatan, membolehkan mereka melindungi sistem pengendalian dan data pelanggan mereka dengan lebih berkesan. 

“Ini akan membantu mereka untuk menjadi lebih mampan secara digital, berdaya saing dan cekap apabila Malaysia menjadi peneraju ekonomi digital serantau yang terkemuka,” kata Idham. 
 

  • oleh
  • Advertisement