Anda di sini

AWSC KK terima tajaan bagi menyertai kejohanan Gusti Lengan

Advertisement
 Sim Fui (kiri) menerima cendera kenangan daripada Joffey selepas menyampaikan tajaan.
SERAH: Sim Fui (kiri) menerima cendera kenangan daripada Joffey selepas menyampaikan tajaan.

KOTA KINABALU: Sejumlah tajaan telah diserahkan kepada Kelab Sukan Gusti Lengan (AWSC) Kota Kinabalu bagi membolehkan seramai 25 atlet menyertai Kejohanan Kebangsaan Di Sunway Pyramid, Selangor.

Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api Sim Fui berkata, diharapkan sumbangan berbentuk tajaan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban para atlet ketika menyertai kejohanan itu nanti.

Katanya, kejohanan akan diadakan pada 11 dan 12 Disember ini dalam pelbagai kategori, kesemua mereka akan mewakili Sabah pada kejohanan itu.

Sementara itu, Pengerusi AWSC Kota Kinabalu Jolly Johnson berkata, sejumlah RM25,000 tajaan diperlukan untuk membawa kesemua atlet berkenaan.

Katanya, kos itu termasuklah tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan serta makan minum.

Beliau juga berharap lebih ramai orang awam atau persendirian yang murah hati boleh menyampaikan tajaan kepada persatuan itu ke nombor akaun BSN (1210241100021114)  Kelab Sukan Gusti Lengan AWSC, Kota Kinabalu (AWSC) yang akan membawa bendera Sabah.

Penyerahan sejumlah tajaan itu telah disampaikan oleh Sim Fui kepada wakil AWSC Kota Kinabalu dan juga merupakan salah seorang atlet Gusti Lengan yang menyertai kejohanan berkenaan, Joffey Jolley.
 

  • oleh
  • Advertisement