Anda di sini

Baru kekal dalam perjuangan mempertahankan hak milik tanah NCR

Advertisement
Tangkap layar episod pertama Visi Harapan Baru Bian yang disiarkan di akaun YouTube PSB pada Sabtu.
Tangkap layar episod pertama Visi Harapan Baru Bian yang disiarkan di akaun YouTube PSB pada Sabtu.

LAWAS: Ahli Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian kekal dalam perjuangannya untuk mempertahankan pemilikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi orang asal di Sarawak. 

Beliau berkata demikian menerusi episod pertama Visi Harapan atau Vision of Hope bertajuk 'Mengapa Saya Masuk Politik' berdurasi 6.04 minit yang disiarkan di akaun YouTube PSB pada Sabtu. 

"Perjuangan untuk mempertahankan pemilik tanah dan tanah NCR bagi orang asal di Sarawak ini adalah satu sebabnya saya memasuki atau menyertai politik. 

"Saya menjadi seorang peguam apabila bermulanya perjuangan orang asal ke atas tanah NCR mereka. Sekatan di tapak pembalakan dan ladang-ladang telah dianjurkan oleh pemilik tanah NCR yang telah diceroboh," katanya dalam video tersebut. 

Dalam pada itu, Baru berkata untuk menghentikan dasar tanah yang tidak adil, rakyat perlu mempunyai kuasa dan untuk melakukan adalah dengan terlibat dalam arena politik. 

"Kemenangan pertama kami pada tahun 2001 dalam kes Nor Nyawai dimana Mahkamah Tinggi dan selepas itu Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa rakyat orang asal ada hak di atas atau terhadap tanah NCR mereka yang dikenali sebagai Pemakai Menoa atau Pulau Galau. 

"Ini (Pemakai Menoa atau Pulau Galau) dalam bahasa iban tapi konsepnya pun sama dalam bahasa-bahasa orang asal yang lain seperti Orang Ulu dan lain-lain," ujarnya. 

Sementara itu, Baru turut menggesa agar kita perlu ada sebuah kerajaan yang menghormati dan mengiktirafkan hak adat orang asal di bumi Sarawak ini. 

"Itulah sebabnya saya meneruskan perjuangan saya melalui arena politik," katanya mengakhiri rakaman episod tersebut. 

  • oleh
  • Advertisement