Anda di sini

Dua lelaki curi kabel ditahan

Advertisement
 Kedua-dua suspek yang ditahan bersama gulungan kabel yang tidak berjaya dilarikan di kawasan semak di Jalan Sulaman.
TAHAN: Kedua-dua suspek yang ditahan bersama gulungan kabel yang tidak berjaya dilarikan di kawasan semak di Jalan Sulaman.

KOTA KINABALU: Dua lelaki yang leka menjalankan kegiatan mencuri kabel elektrik membawa padah selepas ditahan pihak polis di kawasan semak berhampiran restoran makanan laut di Jalan Sulaman Manggatal di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian jam 7.27 malam itu berlaku apabila orang awam yang berada berhampiran lokasi menyedari kegiatan kedua-dua suspek yang mencurigakan.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek berumur 40 dan 49 tahun itu melakukan kegiatan mencuri kabel elektrik milik Sabah Elektrikcity Sdn Bhd (SESB) di kawasan semal berkenaan.

“Kedua-dua suspek yang tinggal di Kampung Suang Parai Alamesra dan tidak mempunyai dokumen serta pekerjaan itu kemudiannya ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya turut dirampas di lokasi kejadian adalah gulungan kabel yang dicuri serta beberapa peralatan termasuk pemotong besi dan gergaji besi yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan memotong kabel terbabit.

“Siasatan lanjut mendapati suspek yang berumur 49 tahun itu mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, empat kes mencuri serta pecah masuk rumah.

“Kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis methapetamine dan amphetamine,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement