Anda di sini

Wanita maut, dirempuh SUV semasa menunggu rakan

Advertisement
Keadaan di lokasi kejadian.
Keadaan di lokasi kejadian.

KUCHING: Seorang wanita maut akibat dilanggar sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) di Jalan Westwood, di sini pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa ialah Nor Nabakyah Hazidi, 20, dan beralamatkan dari Kampung Hilir Tambak, Pusa.

Menurutnya, mangsa semasa kejadian sedang menungga rakannya di sebelah motosikal yang dinaiki mereka iaitu sekitar jam 10.20 pagi.

"Mangsa merupakan pembonceng motosikal dan sampai di tempat kejadian, mangsa turun dari motosikal sementara menunggu rakannya (penunggang) di sebelah kanan jalan (bukan dalam kotak pakir).

"Sebuah kenderaan jenis SUV dikatakan telah melanggar motosikal mereka dari arah belakang sebelum melanggar sebuah lagi kereta menyebabkan mangsa yang berdiri di sebelah motosikal tersepit," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, mangsa yang mengalami kecederaan dalaman itu kemudian diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 11.23 pagi semasa sedang menerima rawatan di HUS," katanya,

Dedahnya juga, siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu SUV.

"Pemandu SUV merupakan seorang wanita berusia 56 tahun dan telah ditahan untuk dirakam percakapan," katanya.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

  • oleh
  • Advertisement