Anda di sini

Nicholas Tang calon PSB di DUN Tanjong Batu

Advertisement
Nicholas Tang
Nicholas Tang

BINTULU: Peguam Nicholas Tang Eng Hui, 69, diumumkan sebagai calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) ini.

Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh mengumumkan Tang sebagai wakil PSB semasa majlis makan tengah hari bersama ahli-ahli PSB Tanjong Batu di sebuah restoran di Tanjung Batu di sini hari ini.

Beliau berkata, calon ini merupakan ahli politik veteran mempunyai latar pendidikan yang cukup baik, merupakan seorang cemerlang suatu ketika dulu yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang serta kini merupakan peguam bertauliah.

"Saya fikir Bintulu memerlukan wakil seperti beliau (Nicholas) untuk membawa suara rakyat Bintulu kepada kerajaan. Saya tahu banyak isu dan kesukaran yang dihadapi oleh ramai orang dalam berurusan dan sebagainya," katanya semasa ditemui hari ini.

Wong (kanan) mengumumkan Tang (tengah) sebagai calon PSB di DUN Tanjong Batu.
Wong (kanan) mengumumkan Tang (tengah) sebagai calon PSB di DUN Tanjong Batu.

Ujarnya, Tang adalah ahli politik veteran yang pada tahun 1991 sepatutnya bertanding di bawah tiket SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak).

Bagaimanapun katanya, atas beberapa sebab yang tidak diketahui, Tang telah dilangkaui sehingga sekarang dan setelah 30 tahun kemudian beliau akhirnya dapat bertanding atas tiket PSB. 

Justeru, Wong berharap untuk tempoh masa akan datang, Tang dapat membawa cadangan yang lebih drastik bagi menambah baik jentera pentadbiran bahagian ini dan menjadikannya lebih baik serta diterima rakyat di sini.

Tambahnya, pihaknya akan melihatnya secara lebih mendalam dan calon PSB Tanjong Batu akan mengemukakan cadangan untuk menambah baik selain membantu melihat keperluan rakyat.

Berkenaan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bakal dihadapi katanya, beliau tidak begitu pasti tetapi DAP telah mengumumkan calon mereka ialah anak kepada ahli politik veteran Chiew Ching Sing iaitu Tony Chiew.

"Dia (Tony Chiew) juga pernah bertanding dalam pilihan raya Parlimen di konstituensi Bintulu pada tahun 2018," katanya lagi.

Ditanya sama ada PSB akan meletakkan calonnya di DUN Jepak, Kemena dan Samalaju katanya, buat ia belum dimuktamadkan namun akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

  • oleh
  • Advertisement