Anda di sini

Kanak-kanak autisme hilang selepas keluar rumah

Advertisement
Pasukan Unit Anjing Pengesan K9 JBPM Sarawak membuat pencarian kanak-kanak yang hilang.
Pasukan Unit Anjing Pengesan K9 JBPM Sarawak membuat pencarian kanak-kanak yang hilang.

KUCHING: Seorang kanak-kanak autisme dikhuatiri hilang di Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa petang semalam. 

Muhd Ramadhan Muhd Ridhwan, 8 tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya sekitar jam 2 hingga 3 petang. 

Muhd Ramadhan Muhd Ridhwan (kanan).
Muhd Ramadhan Muhd Ridhwan (kanan).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memberitahu, sebaik sahaja menerima laporan berkenaan, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikerahkan ke lokasi. 

Menurut maklumat awal mangsa, kanak-kanak terbabit tinggal di rumah emak saudaranya sementara bapa mangsa keluar berniaga. 

"Mangsa bagaimanapun keluar rumah sewaktu emak saudaranya mandi sekitar 2 hingga 3 petang dan menuju ke arah hutan yang berada di hujung kampung," kata kenyataan itu semalam. 

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di kawasan mangsa dipercayai hilang bersama-sama penduduk kampung dan polis. 

Pada jam 10.30 malam, pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM Sarawak tiba di lokasi dan memulakan pencarian pada radius 500 dari rumah mangsa. 

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan sekitar jam 11.30 malam setelah penilaian risiko dan faktor keselamatan di lokasi dan disambung semula hari ini.
 

  • oleh
  • Advertisement