Anda di sini

Diskaun 15 peratus sehingga hujung tahun, kata Ruslan

Advertisement
 Para tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan pada majlis berkenaan.
KENANGAN: Para tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan pada majlis berkenaan.

BEAUFORT: Pelancaran Jualan Prihatin Rakyat peringkat negeri berjaya melibatkan koperasi yang memberikan tawaran diskaun sehingga 15 peratus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, sebanyak 50 jenis barangan yang tersenarai dan dijangka diskaun ini akan berakhir pada hujung bulan Disember ini.

“Apa yang menarik lagi, pemberian diskaun ini juga turut diberikan oleh Coopmart Koperasi Bersatu Kampung Suasa Beaufort Berhad.

"Oleh itu, sempena pelancaran ini, satu simbolik pembayaran dividen 20 peratus kepada lima anggota Koperasi Jaya Murni Beaufort Berhad turut diadakan,"katanya pada Majlis Pelancaran Jualan Prihatin Rakyat Peringkat Negeri Sabah di sini, semalam.

Dalam program yang sama, turut diadakan ialah penyampaian sumbangan cek replika bernilai RM6,000 daripada Koperasi Jaya Murni Beaufort Berhad yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusinya Haji Asmat Jaafar kepada Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) dan diterima oleh Ruslan selaku Pemangku Presiden.

Ia adalah sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) koperasi kepada persatuan tersebut. 
 

  • oleh
  • Advertisement