Anda di sini

Datuk dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan amang seksual

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang datuk dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini daripada pertuduhan melakukan amang seksual terhadap cucu perempuannya yang berusia 15 tahun.

Hakim Jason Juga membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan supaya tertuduh berusia 59 tahun itu dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Ia susulan mangsa yang juga merupakan pengadu dalam kes ini gagal dikesan. 

Mengikut pertuduhan, lelaki bekerja sendiri itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan cara menyentuh tubuh badan mangsa dalam satu kejadian pada 26 Mei 2020, jam 12 tengah hari, di sebuah rumah di Petra Jaya. 

Tertuduh dikatakan menyentuh bahagian dada, badan dan bahagian alat sulit mangsa semasa berada di dalam bilik tertuduh. 

Terdahulu pada 6 Ogos 2020, tertuduh mengaku tidak bersalah apabila didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. 

Tertuduh diwakili peguam bela, Steven Beti dan Gerald Donald.

  • oleh
  • Advertisement