Anda di sini

Padah simpan gambar lucah dalam telefon bimbit, lelaki didenda

Advertisement
 

KUCHING: Gara-gara memiliki gambar dan video lucah dalam telefon bimbit, seorang lelaki tempatan didenda RM4,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar di Mahkamah Majistret, hari ini. 

Tertuduh, Dudi Martone, 34, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi. 

Lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa memiliki 135 campuran gambar dan video lucah dalam telefon bimbit miliknya ketika berada di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 21 Disember 2019, jam 2.45 petang. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh ditahan polis setelah bekas kekasihnya membuat laporan polis susulan tertuduh menyebarkan video lucah mereka di laman sosial.

Sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh.

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Setakat ini, tertuduh dilaporkan gagal membayar denda tersebut. 

  • oleh
  • Advertisement