Anda di sini

Pesta liar: Pegawai kanan polis antara 14 individu ditangkap

Advertisement
 

KUCHING: Pegawai kanan berpangkat Inspektor antara 14 individu yang diberkas dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri Jalan Batu Kawa pada Rabu lepas. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) yang mengesahkan tangkapan itu berkata, hasil serbuan yang dijalankan sekitar jam 10 pagi pada 3 November lalu itu berjaya menangkap sembilan lelaki dan lima wanita berusia antara 16 hingga 39 tahun. 

"Satu tangkapan 'parti liar' di sebuah rumah pangsapuri, Jalan Batu Kawa yang mana hasil serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, telah menahan seramai sembilan lelaki dan lima wanita. 

"Turut ditahan dalam tangkapan tersebut adalah seorang pegawai kanan berpangkat Inspektor, seorang pegawai rendah polis berpangkat Koperal, seorang penolong pegawai kesihatan dan seorang pelajar perempuan tingkatan 4," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelas Aidi, sebanyak 14.57 gram Ketamin, 14 pil Ekstasi dan 5 biji pil Eramin telah dirampas semasa serbuan. 

"Hasil ujian saringan awal air kencing kesemua tangkapan didapati positif Methaphetamine dan Amphetamine," tambahnya lagi. 

Tegasnya, kes telah disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952. 

"Kesemua suspek kini direman di lokap Siburan dan di lokap Baratok, IPD Padawan sehingga 8 November 2021," ujarnya. 

  • oleh
  • Advertisement