Anda di sini

Ringgit dijangka menyaksikan dagangan jajaran kecil minggu hadapan

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada minggu hadapan, menurut seorang peniaga. 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengumuman terbaharu oleh Rizab Persekutuan AS untuk mengurangkan program pembelian asetnya telah mengesahkan bahawa rizab tersebut amat positif terhadap prospek ekonominya.

"Memandangkan lonjakan positif dalam mata data, kemungkinan tahun depan akan menyaksikan kadar faedah yang lebih tinggi. Oleh itu, ini akan meningkatkan nilai dolar US dan sehubungan itu, ringgit akan melemah dalam jangka masa terdekat. Ringgit boleh berlegar sekitar RM4.15 hingga RM4.16 pada minggu hadapan," katanya kepada Bernama.

Beliau ketika ditanya mengenai kesan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 1.75 peratus berkata BNM sedang berhati-hati kerana risiko terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia dan ringgit mungkin kekal terikat pada pergerakan yang agak minimum.

Pada asas mingguan, ringgit jatuh kepada 4.1585/1605 berbanding 4.1390/1415 yang direkodkan dalam minggu sebelumnya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain daripada Jumaat sebelumnya. 

Mata wang tempatan itu menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0729/0746 daripada 3.0762/0783 dan naik berbanding euro kepada 4.7997/8020 daripada 4.8232/8261.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.6536/6553 daripada 3.6403/6425 dan melemah berbanding pound Britain kepada 5.5865/5892 daripada 5.7089/7124 sebelum ini. - BERNAMA
 

Advertisement