Anda di sini

PGU laksana LDP Fasa 2 SAREX

Advertisement
 Penerangan terperinci perihal cara pengendalian membawa pengusung dan pengendalian pesakit kepada peserta LDP.
TERANG: Penerangan terperinci perihal cara pengendalian membawa pengusung dan pengendalian pesakit kepada peserta LDP.

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah terus mempertingkatkan Latihan Operasi dan Menyelamat melibatkan pengurusan dan pengendalian pesakit melalui pesawat udara.

Komander Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sabah Asisten Komisioner Ahmad Lokman Abdul Hadi berkata kaedah-kaedah dan SOP menyelamat membabitkan pesawat helikoter Agustawesland AW139 dilaksanakan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Fasa Dua.

“Sepanjang LDP dilaksanakan, kita memfokuskan terhadap penekanan aspek keselamatan membabitkan pesakit dan juga kepada pemberi bantuan yang perlu dititik berat.

“Ini termasuklah cara pengendalian membawa pengusung yang disediakan untuk menggangkat dan juga kaedah untuk membawa masuk dan keluar pesakit daripada pesawat,” katanya semasa berucap merasmikan LDP terbabit di sini.

Katanya LDP ini turut memberi pendedahan mengenai bahasa isyarat tangan yang diberikan oleh juruterbang dan krew penerbangan semasa menghampiri dan memasuki pesawat helikopter.  

“Selain itu, latihan ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran dan persefahaman semua petugas sewaktu mengendali mangsa sekiranya berlaku bencana,” katanya.

Beliau berkata Program Pengurusan dan Pengendalian Pesakit Dengan Pesawat Udara adalah LDP Fasa 2 dibuat sebagai persiapan Search And Rescue Exercise (SAREX) yang dijadualkan pada bulan November dan Disember nanti.

Agensi yang terlibat didalam kolaborasi ini terdiri daripada Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA),  Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas, Ranger Taman-Taman Sabah, dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah.

  • oleh
  • Advertisement